Webinar Nadi X Cybersecurity – Sim Swap : Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 2

26 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cyberecurity - Sim Swap : Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 2. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar ini menampilkan ulangan demo langsung serangan "Sim Swap", perkongsian cara pencegahan, serta kupasan mendalam mengenai impak Sim Swap terhadap media sosial, telefon bimbit dan hubungan keluarga. Turut dibincangkan ialah langkah yang perlu diambil sekiranya insiden ini menimpa anda. Tujuan webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang ancaman Sim Swap sebagai salah satu bentuk serangan siber yang semakin berleluasa. Meningkatkan kesedaran usahawan mengenai cara penjenayah siber mengambil alih nombor telefon dan mengakses akaun perbankan atau media sosial. Selain itu, webinar ini dapat memberi usahawan lebih peka terhadap risiko kehilangan data dan kerugian kewangan akibat serangan Sim Swap. Mengetahui kaedah dan strategi praktikal untuk melindungi akaun bank, e-dagang, dan platform komunikasi. Meningkatkan tahap keyakinan dalam mengurus keselamatan maklumat perniagaan secara digital.

Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta meningkatkan tahap kesedaran digital masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan internet. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali